Saya
seorang guru yang mengajar
di negeri Sarawak. Saya bergraduat dari
Universiti Putra Malaysia dengan mendapat Ijzajah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan
(Kepujian ) dalam Biologi.
Selepas
tamat pengajian saya ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Simanggang. Sebuah sekolah:
satu sesi yang berada di Bahagian
kedua Sarawak, Sri Aman.
yang baru
menyambut sambutan penumbuhan Jubli Emas pada tahun 2012.
yang menjadi pilihan utama pelajar
dari sekitar Bandar Sri Aman.
yang pelajarnya terdiri daripada
kaum Melayu. Cina dan Iban.
Di sekolah saya diberi peluang untuk mengajar
subjek kegemaran saya iaitu, kimia dan sains.
Sejak di bangku sekolah lagi sains adalah subjek kegemaran saya, saya
suka sains, dengan itu saya akan berharap anak murid saya juga dapat menyukai
sains. Ini kerana sainslah yang
membolehkan kita mengenali alam sekitar , fenomena semula jadi dan ilmu untuk
menyelesaikan masalah dalam hidupan seharian.
Pernah
seorang pelajar bertanya dengan saya:’ Cikgu kenapa kita perlu belajar sains
sedangkan saya tidak bercadang hendak mencerburi bidang sains pada masa
hadapan?’ Saya menjawab:’ Berlajar sains membolehkan kita hidup dengan lebih
bijak, dengan adanya pengetahuan sains kita dapat mengetahui selain menggunakan
racun perosak apakah cara lain yang mesra alam untuk menjaga tanaman kita dari
serangga perosak. Cara menyediakan
makanan yang sihat dan lain-lain. Dengan
itu, berlajar sains dapat menjadikan anda seorang wanita yang berilmu pengetahuan,
seorang suri rumah yang cerdik dan seorang emak yang bijaksana.’
Dua
pengangan yang saya percaya dan menjadi dorongan kepada saya adalah:
i) Saya percaya diatas dunia ini semua pelajar
mesti dapat berlajar sekiranya mempunyai keadaan yang kondusif dan guru yang
penyabar dan berkasih sayang. Biarpun,
pelajar itu tidak menimbah apa-apa ilmu dalam bilik darjah, sekiranya dia dapat
berlajar mengubah tingkah lakunya supaya menjadi baik atas nasihat seorang
guru. Guru itu adalah seorang guru yang
berjaya. Dan,
ii)
Setiap fakta yang seorang guru ajar mestilah suatu fakta yang betul dan sah
kerana ilmu itu adalah sesuatu yang dapat diwarisi. Dengan itu, seorang guru mesti berwaspada
dengan setiap perkataan yang dikeluarkan dari mulut, agar setiap yang diagar
membawa kebaikkan kepada pelajar, masyarakat dan negara.
Sebagai seorang pendidik saya tidak berharapan agar semua
anak didik saya semua berpengetahuan tinggi, saya cuma berdoa agar semua anak
didik saya dapat membesar menjadi insan yang dapat menyumbang berbakti terhadap
masyarakat dan bersifat kasih sayang terhadap golongan yang lemah. Itulah
harapan saya terhadap pelajar saya.